Pengalaman Melahirkan PUTRI ELLISYA

Di sini aku nak cerita sedikit pengalaman melahirkan bagi ketiga-tiga anakku krn setiap anak, aku dapat merasai pengalaman yg berbeza-beza.Aku nak mulakan pengalaman melahirkan anak yang pertama PUTRI ELLISYA.....

Ketika mengandungkan anak yang pertama ,aku juga tidak ketinggalan mengalami morning sickness seperti ibu-ibu yang lain ,ianya berlarutan selama 1 bulan start ketika kandungan berusia 3 bulan dan berakhir ketika kandungan mencecah 4 bulan.Aku langsung tidak boleh menjamah apa-apa makanan selain nasi lemak , roti canai dan buah-buahan.hanya itu makanan yang dpt di makan sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah saat melahirkan.Dipendekkan cerita.....................

Due sebenar aku adalah pada 27 Januari 2006 dan untuk kelahiran sulung aku menggunakan khidmat klinik swasta kerana abah aku yang syorkan begitu , aku hanya mengikut aje...Pada 22 januari 2006 aku seperti biasa ke klinik untuk check kandungan kerana dah hampir dengan tarikh jangkaan...kandungan ok takde masalah dan semuanya ok...

Pada 24 januari 2006,aku terasa seperti ingin membuang air kecil dan di bilik air aku terkejut  kerana terdapat tanda darah+lendir di seluar dalam aku , ketika itu aku nie blur sikit sbb tak banyak membaca...anak pertama lah katakan.Aku tanpa membuang masa terus menelefon mak yang berada agak jauh dgn tmpt tggl aku walaupun dalam satu negeri..Mak aku pun tak pasti benda apa dan terus menyuruh aku pergi ke klinik berkenaan..klinik  tu juga ada menyedikan khidmat untuk orang bersalin...aku  berbincang dgn suami,aku tak nak pergi lagi sbb aku tak terasa sakit langsung..suami pun bersetuju.setelah 10 minit lepas aku berckp dgn mak, contraction pertama berlaku...Suami sudah masuk tidur...aku nak kejutkan kesian..aku hanya menahan sakit sorang-sorang  tp takdelah sakit sgt...tapi seharianlah aku tak tidur....mula-mula kerapnya setengah jam sekali selepas tu semakin kerap sehinggakan keesokkannya....

25 januari 2006
setelah 14 jam menahan kesakitan pada 12 tgh aku pun ambik keputusan terus ke klinik untuk bersalin...sampai di sana doc terus memeriksa jalan dan doc terkejut kerana jalan dah bukak 6cm dan aku  baru dtg...aku cuma tersenyum...mak ckp aku nie mmg jenis yang degil sikit dan mak ckp nasib baik tak terberanak dkt umah atau dalam kereta...panas jugaklah telinga bila kena bebel,nak buat macammana mmg salah diri sendiri,tanggung jelah...

Di bilik aku relaks mcm biasa,sakit nyer sama  jer cuma semakin kerap tp aku masih boleh lagi gelak-gelak dan bersembang dengan suami,suami pun pelik tengok aku ,betul ke sayang nak bersalin nie...relaks je..
tiba-tiba tgh aku berehat terus terasa gesaan meneran yang nie sakit lebih sikit la tapi still boleh tahan... aku  terus dibawa ke labour room..di labour room nurse suruh mengagkat kaki...alangkah terkejut nya nurse bila dia kata kepala dah nampak...tp awak relaks jer...terus dia memecahkan air ketubanku...

Nurse menyuruh aku meneran bila gesaan datang dan push seperti biasa dan mereka berborak sesama sendiri.adik nie baby no berapa pandainya meneran,yang sorang lagi menjawab baru anak sulung...hanya dengan 3 kali teran maka lahirlah putri pertama ibu iaitu PUTRI ELLISYA pada pukul 3:56pm...dengan berat 2.7kg...sesi menjahit pun alhamdullilah tak banyak dan tak terasa sakit....

Setelah semuanya selesai,betullah kata orang, lain rasanya bila kita menatap wajah bayi yang dikandung selama ini....bersambung....(anak dah bangun hik...hik...)

Coretan untuk Abah

Hari ini aku terasa teramat rindu...rindu pada seorang insan yang amat aku kasihi dan aku sayangi
aku bukan seorang insan yang pandai bermadah dan juga berkata-kata...semua yang aku coretkan di sini adalah ikhlas dari hati dan sanubari...Abah, aku amat merindui dirimu, setelah permegian mu pada 20 disember 2009 haritu...hari  ini setelah 3 bulan lebih pemergianmu terasa seperti hanya baru semalam kejadian ini berlaku..kalaulah abah dapat melihat keadaan kami sekeluarga dan kasih sayang kami kepada abah setelah kehilangan abah ,sudah tentunya abah akan terharu dan gembira....
Allah itu maha menduga...Dia akan menduga pada sesiapa yang di sayangiNya...sesungguhnya dugaan ini amat berat untuk kami sekeluarga  tp kami redha atas pemergiannya...Aku cuma terkilan sedikit kerana ada beberapa perkara yang dirancangnya tidak sempat dilaksanakan....sehinggakan kelahiran aku yang terbaru ini pun abah tidak sempat menatapi nya...tapi alhamdullah ramai yang berkata wajah anakku ini mirip pada atuknya dan aku pernah juga bermohon supaya diberikan padaku wajah yang serupa dengan atuknya....Abah aku seorang insan yang amat penyayang dan bertanggungjawab...semua kehendak kami dipenuhi tidak pernah sekali pun dia menghampakan kami....setiap kali kami terasa kehadirannya walaupun itu hanyalah perasaan semata-mata....apa yang amat aku sedihkan apabila setiap kali anak ku bertanya di mana atuk?, bila atuk nak balik?setiap kali itulah kami sekeluarga terpaku dan mengalirkan airmata kesedihan...kadang-kadang anak-anakku berkata dia ternampak kelibat atuk...setahu aku budak kecik tak pandai menipu,apa yang dia nampak itulah yang dia cakapkan...wallahualam
Pernah satu ketika anakku Dania berkata terima kasih atuk semasa dia menarik selimut hendak tidur...sebanyak 3 kali dia mengulangi ayat yang sama....anak-anakku memang rapat dengan abah sebab abah tak ada cucu lain lagi selain anak-anakku...sehingga ke hari ini apabila aku mendengar berita tentang kematian aku dapat rasa apa yang dirasai pada mereka yang tinggal...aku amat takut...aku amat takut kalau aku dijemput ketika anak-anakku masih memerlukan aku....ya Allah siapalah aku untuk meminta-meminta...aku hanya mampu bermohon dan berdoa supaya aku dapat menjaga amanahNya semampu aku insyaallah...apa yang aku coretkan ini adalah luahan hati aku semata-mata...di mana pada siapa yang masih mempunyai ibu dan ayah kasihilah mereka sepertimana mereka mengasihi kita...kerana setelah kehilangan baru kita merasa bertapa kita amat mengasihi dan menyayangi mereka....bagi aku ini adalah dugaan yang paling besar dalam hidup aku pada masa ini....tetapi pada hari mendatang masih tidak diketahui lagi....untuk abah hanya doa dan Fatihah yang mampu kami sekeluarga hadiahkan pada abah...dan pada pembaca di harap sama-samalah kita membaca Fatihah pada allahyarham Mat Arof bin Razali iaitu abahku....Al-Fatihah

wajah mulus seorang anak

wah....rajin menaip pepagi nie...anak-anak sume tgh lena lg, apa lagi ibu ambik kesempatan la on-line nnt bla dh bangun dah x dpt dah nak ngadap laptop nie....nie diantara koleksi gambar Putri Arissa selepas kelahiran 14 februari aritu....x smpt nk upload nie baru berkesempatan....Arissa nie lahir-lahir jer dah ade tahi lalat kat atas pada kening sebelah kiri...sebijik mcm ibu dier tp ibu atas kening sebelah kanan...faktor genetik jugak ker?.....hik...hik...selain tu Arissa nie lahir-lahir dh ader gigi same mcm kakak Dania dier tp kakak Ellisya xder plak...faktor keturunan jugak kot....sbb ayah dierorg lahir jek mmg dah tumbuh sbtg gigi kat bwh....Pelik tapi Benar

Muka Garang Si Kecil

Diz contest anjuran ibu Danish....kreatif gak kan ibu Danish nie...Mas langsung tak terfikir muka garang anak walaupun mmg ader anak wat muke cam nie...tp tak penah lah plak nak snap pic...
klu berminat nak join ikut link nie k  



pic yang dipertaruhkan jeng...jeng...jeng...klu blh dikatakan garangla...

!
!
!
!
!
!
!
V

 


Nama Penuh :- Putri Dania Kyra
Nama Manja :- Nia Kya
Tarikh Lahir :- 24 oktober 2007
Nama Ibu :- Maszaliza
Nama Ayah :- Muhammad Izlan
Email :- mas_liza80@yahoo.com

!
!
!
!
!
V



Nama Penuh :- Putri Arissa
Nama Manja :- Echa
Tarikh Lahir :- 14 februari 2010
Nama Ibu :- Maszaliza
Nama Ayah :- Muhammad Izlan
Email :- mas_liza80@yahoo.com

Byzura Razali Blog giveaway

best jugak klu giveaway dpt toys...mas mmg selalu lebihkan anak-anak...
sbb tula excited nk join giveaway nie.....klu ade rezeki alhamdullilah

Kakyong’s shoppe 1st Giveaway@Cabutan bertuah


Jom reramai join Kakyong's shoppe giveaway....rules mudah jer...klu berminat bolehla klik kat sini

hadiah menarik menanti anda...wah promote lebih nmpk...hik..hik gurau jer....

1'st giveaway playground-play-round



diz giveaway anjuran Umi Nuha...sape berminat boleh join diz contest dan untuk keterangan lanjut ...sila klik kat sini k 1'st giveaway playground-play-round
                                                                                       
                                                                                
 pic yang dipertaruhkan jeng....jeng...jeng....siap pakej ngan ayah sekali...




                                                                                  !
                                                                                  !
                                                                                  !

                                                                                  !
                                                                                  !
                                                                                  !
                                                                                 V