Pengalaman Melahirkan PUTRI ELLISYA

Di sini aku nak cerita sedikit pengalaman melahirkan bagi ketiga-tiga anakku krn setiap anak, aku dapat merasai pengalaman yg berbeza-beza.Aku nak mulakan pengalaman melahirkan anak yang pertama PUTRI ELLISYA.....

Ketika mengandungkan anak yang pertama ,aku juga tidak ketinggalan mengalami morning sickness seperti ibu-ibu yang lain ,ianya berlarutan selama 1 bulan start ketika kandungan berusia 3 bulan dan berakhir ketika kandungan mencecah 4 bulan.Aku langsung tidak boleh menjamah apa-apa makanan selain nasi lemak , roti canai dan buah-buahan.hanya itu makanan yang dpt di makan sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah saat melahirkan.Dipendekkan cerita.....................

Due sebenar aku adalah pada 27 Januari 2006 dan untuk kelahiran sulung aku menggunakan khidmat klinik swasta kerana abah aku yang syorkan begitu , aku hanya mengikut aje...Pada 22 januari 2006 aku seperti biasa ke klinik untuk check kandungan kerana dah hampir dengan tarikh jangkaan...kandungan ok takde masalah dan semuanya ok...

Pada 24 januari 2006,aku terasa seperti ingin membuang air kecil dan di bilik air aku terkejut  kerana terdapat tanda darah+lendir di seluar dalam aku , ketika itu aku nie blur sikit sbb tak banyak membaca...anak pertama lah katakan.Aku tanpa membuang masa terus menelefon mak yang berada agak jauh dgn tmpt tggl aku walaupun dalam satu negeri..Mak aku pun tak pasti benda apa dan terus menyuruh aku pergi ke klinik berkenaan..klinik  tu juga ada menyedikan khidmat untuk orang bersalin...aku  berbincang dgn suami,aku tak nak pergi lagi sbb aku tak terasa sakit langsung..suami pun bersetuju.setelah 10 minit lepas aku berckp dgn mak, contraction pertama berlaku...Suami sudah masuk tidur...aku nak kejutkan kesian..aku hanya menahan sakit sorang-sorang  tp takdelah sakit sgt...tapi seharianlah aku tak tidur....mula-mula kerapnya setengah jam sekali selepas tu semakin kerap sehinggakan keesokkannya....

25 januari 2006
setelah 14 jam menahan kesakitan pada 12 tgh aku pun ambik keputusan terus ke klinik untuk bersalin...sampai di sana doc terus memeriksa jalan dan doc terkejut kerana jalan dah bukak 6cm dan aku  baru dtg...aku cuma tersenyum...mak ckp aku nie mmg jenis yang degil sikit dan mak ckp nasib baik tak terberanak dkt umah atau dalam kereta...panas jugaklah telinga bila kena bebel,nak buat macammana mmg salah diri sendiri,tanggung jelah...

Di bilik aku relaks mcm biasa,sakit nyer sama  jer cuma semakin kerap tp aku masih boleh lagi gelak-gelak dan bersembang dengan suami,suami pun pelik tengok aku ,betul ke sayang nak bersalin nie...relaks je..
tiba-tiba tgh aku berehat terus terasa gesaan meneran yang nie sakit lebih sikit la tapi still boleh tahan... aku  terus dibawa ke labour room..di labour room nurse suruh mengagkat kaki...alangkah terkejut nya nurse bila dia kata kepala dah nampak...tp awak relaks jer...terus dia memecahkan air ketubanku...

Nurse menyuruh aku meneran bila gesaan datang dan push seperti biasa dan mereka berborak sesama sendiri.adik nie baby no berapa pandainya meneran,yang sorang lagi menjawab baru anak sulung...hanya dengan 3 kali teran maka lahirlah putri pertama ibu iaitu PUTRI ELLISYA pada pukul 3:56pm...dengan berat 2.7kg...sesi menjahit pun alhamdullilah tak banyak dan tak terasa sakit....

Setelah semuanya selesai,betullah kata orang, lain rasanya bila kita menatap wajah bayi yang dikandung selama ini....bersambung....(anak dah bangun hik...hik...)

Coretan untuk Abah

Hari ini aku terasa teramat rindu...rindu pada seorang insan yang amat aku kasihi dan aku sayangi
aku bukan seorang insan yang pandai bermadah dan juga berkata-kata...semua yang aku coretkan di sini adalah ikhlas dari hati dan sanubari...Abah, aku amat merindui dirimu, setelah permegian mu pada 20 disember 2009 haritu...hari  ini setelah 3 bulan lebih pemergianmu terasa seperti hanya baru semalam kejadian ini berlaku..kalaulah abah dapat melihat keadaan kami sekeluarga dan kasih sayang kami kepada abah setelah kehilangan abah ,sudah tentunya abah akan terharu dan gembira....
Allah itu maha menduga...Dia akan menduga pada sesiapa yang di sayangiNya...sesungguhnya dugaan ini amat berat untuk kami sekeluarga  tp kami redha atas pemergiannya...Aku cuma terkilan sedikit kerana ada beberapa perkara yang dirancangnya tidak sempat dilaksanakan....sehinggakan kelahiran aku yang terbaru ini pun abah tidak sempat menatapi nya...tapi alhamdullah ramai yang berkata wajah anakku ini mirip pada atuknya dan aku pernah juga bermohon supaya diberikan padaku wajah yang serupa dengan atuknya....Abah aku seorang insan yang amat penyayang dan bertanggungjawab...semua kehendak kami dipenuhi tidak pernah sekali pun dia menghampakan kami....setiap kali kami terasa kehadirannya walaupun itu hanyalah perasaan semata-mata....apa yang amat aku sedihkan apabila setiap kali anak ku bertanya di mana atuk?, bila atuk nak balik?setiap kali itulah kami sekeluarga terpaku dan mengalirkan airmata kesedihan...kadang-kadang anak-anakku berkata dia ternampak kelibat atuk...setahu aku budak kecik tak pandai menipu,apa yang dia nampak itulah yang dia cakapkan...wallahualam
Pernah satu ketika anakku Dania berkata terima kasih atuk semasa dia menarik selimut hendak tidur...sebanyak 3 kali dia mengulangi ayat yang sama....anak-anakku memang rapat dengan abah sebab abah tak ada cucu lain lagi selain anak-anakku...sehingga ke hari ini apabila aku mendengar berita tentang kematian aku dapat rasa apa yang dirasai pada mereka yang tinggal...aku amat takut...aku amat takut kalau aku dijemput ketika anak-anakku masih memerlukan aku....ya Allah siapalah aku untuk meminta-meminta...aku hanya mampu bermohon dan berdoa supaya aku dapat menjaga amanahNya semampu aku insyaallah...apa yang aku coretkan ini adalah luahan hati aku semata-mata...di mana pada siapa yang masih mempunyai ibu dan ayah kasihilah mereka sepertimana mereka mengasihi kita...kerana setelah kehilangan baru kita merasa bertapa kita amat mengasihi dan menyayangi mereka....bagi aku ini adalah dugaan yang paling besar dalam hidup aku pada masa ini....tetapi pada hari mendatang masih tidak diketahui lagi....untuk abah hanya doa dan Fatihah yang mampu kami sekeluarga hadiahkan pada abah...dan pada pembaca di harap sama-samalah kita membaca Fatihah pada allahyarham Mat Arof bin Razali iaitu abahku....Al-Fatihah

wajah mulus seorang anak

wah....rajin menaip pepagi nie...anak-anak sume tgh lena lg, apa lagi ibu ambik kesempatan la on-line nnt bla dh bangun dah x dpt dah nak ngadap laptop nie....nie diantara koleksi gambar Putri Arissa selepas kelahiran 14 februari aritu....x smpt nk upload nie baru berkesempatan....Arissa nie lahir-lahir jer dah ade tahi lalat kat atas pada kening sebelah kiri...sebijik mcm ibu dier tp ibu atas kening sebelah kanan...faktor genetik jugak ker?.....hik...hik...selain tu Arissa nie lahir-lahir dh ader gigi same mcm kakak Dania dier tp kakak Ellisya xder plak...faktor keturunan jugak kot....sbb ayah dierorg lahir jek mmg dah tumbuh sbtg gigi kat bwh....Pelik tapi Benar

Muka Garang Si Kecil

Diz contest anjuran ibu Danish....kreatif gak kan ibu Danish nie...Mas langsung tak terfikir muka garang anak walaupun mmg ader anak wat muke cam nie...tp tak penah lah plak nak snap pic...
klu berminat nak join ikut link nie k  



pic yang dipertaruhkan jeng...jeng...jeng...klu blh dikatakan garangla...

!
!
!
!
!
!
!
V

 


Nama Penuh :- Putri Dania Kyra
Nama Manja :- Nia Kya
Tarikh Lahir :- 24 oktober 2007
Nama Ibu :- Maszaliza
Nama Ayah :- Muhammad Izlan
Email :- mas_liza80@yahoo.com

!
!
!
!
!
V



Nama Penuh :- Putri Arissa
Nama Manja :- Echa
Tarikh Lahir :- 14 februari 2010
Nama Ibu :- Maszaliza
Nama Ayah :- Muhammad Izlan
Email :- mas_liza80@yahoo.com

Byzura Razali Blog giveaway

best jugak klu giveaway dpt toys...mas mmg selalu lebihkan anak-anak...
sbb tula excited nk join giveaway nie.....klu ade rezeki alhamdullilah

Kakyong’s shoppe 1st Giveaway@Cabutan bertuah


Jom reramai join Kakyong's shoppe giveaway....rules mudah jer...klu berminat bolehla klik kat sini

hadiah menarik menanti anda...wah promote lebih nmpk...hik..hik gurau jer....

1'st giveaway playground-play-round



diz giveaway anjuran Umi Nuha...sape berminat boleh join diz contest dan untuk keterangan lanjut ...sila klik kat sini k 1'st giveaway playground-play-round
                                                                                       
                                                                                
 pic yang dipertaruhkan jeng....jeng...jeng....siap pakej ngan ayah sekali...




                                                                                  !
                                                                                  !
                                                                                  !

                                                                                  !
                                                                                  !
                                                                                  !
                                                                                 V






Nurul Azham's Shoppe 1st Giveaway


Diz giveaway anjuran Nurul Azham Shoppe...jom join reramai...untuk keterangan lanjut klik link nie
4 LUCKY participant will be entitled to get...
Make Way For Noddy VCD 
...worth RM 14.90 each!!

Let's join it NOW!! The more the merrier!!!

Dateline : 30 April 2010

SLEEPING CUTIE CONTEST


Nie contest anjuran baby Zakwan...Jom lah join reramai klu berminat klik kat sini  

Pic yang dipertaruhkan :-




NAMA :- PUTRI DANIA KYRA BINTI MUHAMMAD IZLAN
TARIKH LAHIR :- 24 OKTOBER 2007
E-MAIL :- MAS_LIZA80@YAHOO.COM

Semenjak engkau dilahirkan
kabul sudah satu impian
impian nyata kurnia illahi

engkau anak istimewa
kebahagiaan ibu ayah
engkau menangis dan juga ketawa

masa silih berganti kau membesar tak sedari
begitu cepat kau pandai berjalan
ibu ayah sungguh bahagia
kehadiranmu sugguh bermakna buat kehidupan kami
selamanya.....

FUNNIEST KIDS PHOTO CONTEST


'FUNNIEST KIDS PHOTO CONTEST"

sponsored by




gambar yang dipilih ialah :-




 Nama :- Putri Ellisya binti Muhammad Izlan
Umur  :- 8 bulan
E-Mail :- mas_liza80@yahoo.com

Tecik Tenit Tomel My 1st Giveaway

Syarat utk join giveaway ini:

Bagi yang ada blog

  • Terbuka kpd semua bloggers dan mereka yg takde blog pn bleh join gak.
  • Jadi follower blog tecik tenit tomel dan linkkan blog ini dlm bloglist anda.
  • Buat satu simple entri tentang giveaway ini dgn tajukt Tecik Tenit Tomel My 1st Giveaway dan jgn lupa tepekkan gambar di atas serta letakkan link entri ini pada entri anda.
  • Tinggalkan komen anda di sini dan link yg telah dibuat tentang giveaway ini.

Bagi yang tiada blog lak anda bleh gak join dgn

  • Jadi follower blog ini
  • Emailkan ttg giveaway ini kpd 5 org dan cc kpd wan_nur31@yahoo.com.
  • Ataupn add kan nama anda di facebook( id suchi zahraa azwan)
  • Pastikan link ttg giveaway ini di war-warkan di wall anda.
  • Jangan lupe tinggalkn komen di sini beserta email @add facebook anda.

ANUGERAH TERINDAH


ini adalah contest anugerah terindah yg dianjurkan oleh bonda putri yang mana secara kebetulan terdapat sedikit persamaan dengan saya (ibu putri)jika berminat klik link nie contest anugerah terindah
selain itu kte dapat berkongsi pengalaman masing-masing kan....
                                              
                                                 -
                                                 -
                                                 -



assalammualaikum.....
mas nk share cite jugak....
mas nk cite baby yg latest skali 14 feb 2010 aritu bersamaan chinese new year


mas check up kt gov klinik cam biase tp tau-tau jek kene pg main hosp pahang kat temerloh...
kat sane mas didapati air ketuban kurang iaitu dlm 4. something...cuba bayangkan mas kene segera bersalin dalam seminggu lagi mase tu genap 36w...mmg terkejut giler sedangkan due die lagi sebulan setengah...fizikal n mental mmg tak ready lagi...


selama seminggu mas admit wad sbb nak wat daily ctg...doc ckp takut bb lemas...sedih mmg sedih sbb bb sebelum nie mmg mudah dr mengandung sehingga melahirkn...tp mas redha...mas ade gak mintak kat doc suruh tggu 37w sbb mas nk paru-paru bb matang dulu tp doc ckp berisiko...so mas ikut jelah ,yelah die lagi arif kan...


12 feb 2010
mas admit kat hospital temerloh..

13 feb 2010

6.00 am
mas di masukkan ballon bg membuat bukaan...bayangkn mase 2 first time..ketar kepala lutut...yg senasib dgn mas mmg ramai sume takut tp mas motivasi diri jd org first dimasukkan ballon...sakit mmg sakit ade yg menangis tp mas alhamdullilah mas mmg jenis yg kuat bersakit mak cakaplah...
ballon tu nk tggu kembang dan bla jln dh bukak 4cm.ballon tu akan automatik  terjatuh sendiri itu tandanyer jln dh bukak 4cm....mas kene 24 jam klu tak jatuh jugak kene masukkan ubat plak...


6.00pm
12 jam pastu doc check jln dan dah bukak 4 cm dan mas terus dihantar ke LR...dan bermulalah situasi yg mmg mas tak jangkakan...sblm nie mas cume dgr bersalin paksa tu sakit skrg mas yg lalui sendiri....


9.00pm
setelah semua procedure dh dibuat tibalah masenyer untuk di masukkan ubat melalui air...mase ubat masuk terasa sejuk satu tangan...bkn diluar tau di dlm tangan...gesaan dh mula terasa sikit demi sedikit...doc kuatkn lg dan gesaan bertambah lagi....dan doc tambah lg sehinggalah yg tertinggi mas dah tak tahan sakit yang teramat sangat...bayangkanlah sakit ciptaan manusia...2 anak sebelum ini mmg mas boleh tahan sakit nyer tp yang dipaksa ni terasa urat dlm perut mcm nk putus...sakit dier dari belakang bertemu ke depan senang cite keliling pinggang...
terdengar jugaklah doc nie tanya pd doc yg sorang lg...die tunjuk ctg yg dibuat doc tu terkejut sbb contraction terlalu kuat...dan doc tu ckp tak semestinyer sume org mengelupur...sbb suami berborak dgn org lain , dier org ckp sume wife dierorg mengelupur ade yg menjerit,ade yg tarik baju,tumbuk-tumbuk suami tp mas cume mengiring dan pejamkan mate...suami mmg dpt teman masuk dan digalakkan sbb nk bg support kt wife...suami hanya mampu memandang jek, mas pandang jek muka dier mmg risau giler smpi merah2 muka....


11.00pm
bukaan dah 5 cm tp mas dah tak tahan sakit yang teramat sangat sampaikan suami disebelah membaca yassin...kebetulan plak nk thn baru cine jd doc chinese takde betul-betul tinggal yg melayu jek..so yg jage mas cume sorang pastu keluar masuk sbb nk bantu doc lain yang kes lagi teruk...2 kali mas suruh suami tlg panggilkan doc tu,kali pertama die check baru bukak 7 nk kene tggu smpi 10cm pastu dier keluar lg; mas suruh suami panggil lagi doc tu kali ni mas dh rase nk terber....tp blh dier suruh tggu lg..mas kate dh nk keluar dh tak blh tahan pastu terus dier check dr 7 ke 8 ke 9 dan terus 10 dan die suruh push....mas push sekali jek terus lahirlah putri yg ketiga....PUTRI ARISSA walaupun tidak cukup bulan (36 minggu) tp alhamdullilah Arissa sihat walafiat mcm baby lain dengan berat 2.05kg....dan dilahirkan pada pukul 12:42am (14 februari 2010)

sekarang barulah mas faham apa yang dimaksudkan dengan bertarung nyawa...mas sempat jugak memohon ampun kepada ibu dan suami mas yelah ni bersalin paksa takut jugaklah klu jadi ape2 kan tp alhamdullilah semua nyer selamat... mas gembira kerana suami dapat melihat sendiri mcm mane seorang isteri bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat nyer krn 2 kelahiran sblm ini suami tak berpeluang untuk menemani mas bersalin....

 nie lah die PUTRI ARISSA...dan pic nie beberapa jam selepas dilahirkan

cerita ibu


time nie di homestay semasa menunggu ibu kat HOSHAS...kesian anak-anak ibu coz dieorg x dpt nak lawat ibu semasa ibu admit kat sini sbb kes H1N1...ibu nangis gak lah.....dieorg sewa kat sini dengan ayah , wan & ashu dieorg...ibu kene admit kat sini sbb kene bersalin paksa 36 minggu sbb air ketuban kurang so Arissa terpaksa keluar awal takut bb lemas....



sebelum tertdo keletihan...






kesian anak ibu keletihan menanti kelahiran adiknyer....


package sekali dgn kakak tertdo keletihan....dengar dr cite wan dier sedih sesgt sbb dieorg nk sgt jumpa ibu...ibu dh x kisah ttg sakit , janji ibu nak cepat bersalin dan jumpa anak-anak ibu secepat mungkin...
alhamdullilah skrg Arissa pn dh berusia sebulan....pahit manis yg ibu lalui lebih menambahkan kasih sayang ibu pada putri-putri ibu....


PUTRI ARISSA NEWBORN (14 FEBRUARI 2010)

Lahirlah seorang lagi putri dalam hidup kami....menjadi penyeri dalam hidup kami
walaupun kelahirannya amat mencabar sehingga teruji segala kesabaran ibu..
Putri Arissa dilahirkan seawal 36 w kerana kekurangan air ketuban...dilahirkan secara paksa atau indius amat menyakitkan...bertemankan suami menjadi penguat semangat...selama ini aku hanya mendengar org bercerita masuk ubat sakit tp bila dah alami sendiri baru aku tau maksud bertarung dengan nyawa kerana 2 kelahiran aku sebelum ini amat mudah alhamdullilah...  




 

DETIK-DETIK BERHARGA



Jom reramai join dis contest...selain dpt berkongsi cerita , hadiah dari penaja juga amat menarik...

Terima Kasih kepada Penaja-penaja DETIK-DETIK BERHARGA :-








 










Coachandsuch

 














Snuggbaby










TheHoneyBunch Marketplace






















Nama anak :- Putri Ellisya bt Muhammad Izlan
Tarikh lahir anak :- 25 januari 2006
Umur anak (semasa gambar diambil) :- 1 tahun

Gambar nie di ambil ketika Putri menyambut kelahirannya yang pertama...
di mana jelas mengambarkan kebahagiaan antara ayah dan anak...
ini adalah antara detik-detik berharga yang dapat dikongsikan bersama...

~BABY WITH EYES GLASSES CUTES CONTEST~

 "baby with eyes glasses cutest contact"
secara officialnya contest ni bermula dari
08 Febuari 2010 - 08 Mac 2010
sempena valentine day ni 
syarat2nyer?
  1. dgn rela hati menjadi rakan follower kepada blog berikut MUMMY MARIA (paksarela.. hik3)
  2. sila addkan banner contest kat ats tuh kat side bar blog anda n linkkan trus kpd contest nih
  3. sila linkkan MUMMY MARIA di blog anda
  4. sila wat special n3 psl contest nih dgn meng'upload'kan sekeping (1) gambar ur sweet lil baby (tak kisah la bby sendiri atau bby saudara mara,apa yg penting ONLY 1 PIC)
  5. umo ur lil baby mestilah dari 1 hari - 4 tahun 
  6. sila nyatakan nama,umo,tarikh lahir bby dan juga email & nama mummynya.
  7. jgn luper, sila tinggalkan komen anda disini utk proses menjejak
 DAN INI ADALAH HADIAH MENANTI PEMENANG
ONLY FOR ONE WINNER 








NAMA :- PUTRI ELLISYA BT MUHAMMAD IZLAN
UMUR :- 4 TAHUN
TARIKH LAHIR :- 25 JANUARI 2006
NAMA MUMMY :- MASZALIZA BT MAT AROF
EMAIL :- MAS_LIZA80@YAHOO.COM