Pengalaman Melahirkan PUTRI ELLISYA

Di sini aku nak cerita sedikit pengalaman melahirkan bagi ketiga-tiga anakku krn setiap anak, aku dapat merasai pengalaman yg berbeza-beza.Aku nak mulakan pengalaman melahirkan anak yang pertama PUTRI ELLISYA.....

Ketika mengandungkan anak yang pertama ,aku juga tidak ketinggalan mengalami morning sickness seperti ibu-ibu yang lain ,ianya berlarutan selama 1 bulan start ketika kandungan berusia 3 bulan dan berakhir ketika kandungan mencecah 4 bulan.Aku langsung tidak boleh menjamah apa-apa makanan selain nasi lemak , roti canai dan buah-buahan.hanya itu makanan yang dpt di makan sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah saat melahirkan.Dipendekkan cerita.....................

Due sebenar aku adalah pada 27 Januari 2006 dan untuk kelahiran sulung aku menggunakan khidmat klinik swasta kerana abah aku yang syorkan begitu , aku hanya mengikut aje...Pada 22 januari 2006 aku seperti biasa ke klinik untuk check kandungan kerana dah hampir dengan tarikh jangkaan...kandungan ok takde masalah dan semuanya ok...

Pada 24 januari 2006,aku terasa seperti ingin membuang air kecil dan di bilik air aku terkejut  kerana terdapat tanda darah+lendir di seluar dalam aku , ketika itu aku nie blur sikit sbb tak banyak membaca...anak pertama lah katakan.Aku tanpa membuang masa terus menelefon mak yang berada agak jauh dgn tmpt tggl aku walaupun dalam satu negeri..Mak aku pun tak pasti benda apa dan terus menyuruh aku pergi ke klinik berkenaan..klinik  tu juga ada menyedikan khidmat untuk orang bersalin...aku  berbincang dgn suami,aku tak nak pergi lagi sbb aku tak terasa sakit langsung..suami pun bersetuju.setelah 10 minit lepas aku berckp dgn mak, contraction pertama berlaku...Suami sudah masuk tidur...aku nak kejutkan kesian..aku hanya menahan sakit sorang-sorang  tp takdelah sakit sgt...tapi seharianlah aku tak tidur....mula-mula kerapnya setengah jam sekali selepas tu semakin kerap sehinggakan keesokkannya....

25 januari 2006
setelah 14 jam menahan kesakitan pada 12 tgh aku pun ambik keputusan terus ke klinik untuk bersalin...sampai di sana doc terus memeriksa jalan dan doc terkejut kerana jalan dah bukak 6cm dan aku  baru dtg...aku cuma tersenyum...mak ckp aku nie mmg jenis yang degil sikit dan mak ckp nasib baik tak terberanak dkt umah atau dalam kereta...panas jugaklah telinga bila kena bebel,nak buat macammana mmg salah diri sendiri,tanggung jelah...

Di bilik aku relaks mcm biasa,sakit nyer sama  jer cuma semakin kerap tp aku masih boleh lagi gelak-gelak dan bersembang dengan suami,suami pun pelik tengok aku ,betul ke sayang nak bersalin nie...relaks je..
tiba-tiba tgh aku berehat terus terasa gesaan meneran yang nie sakit lebih sikit la tapi still boleh tahan... aku  terus dibawa ke labour room..di labour room nurse suruh mengagkat kaki...alangkah terkejut nya nurse bila dia kata kepala dah nampak...tp awak relaks jer...terus dia memecahkan air ketubanku...

Nurse menyuruh aku meneran bila gesaan datang dan push seperti biasa dan mereka berborak sesama sendiri.adik nie baby no berapa pandainya meneran,yang sorang lagi menjawab baru anak sulung...hanya dengan 3 kali teran maka lahirlah putri pertama ibu iaitu PUTRI ELLISYA pada pukul 3:56pm...dengan berat 2.7kg...sesi menjahit pun alhamdullilah tak banyak dan tak terasa sakit....

Setelah semuanya selesai,betullah kata orang, lain rasanya bila kita menatap wajah bayi yang dikandung selama ini....bersambung....(anak dah bangun hik...hik...)